Wednesday 26 October 2011

Menjaga si manja

Assalamualaikum wbt


Bagi saya, pengalaman menjaga si manja Muslim ni agak mudah. Sebabnya Muslim tak banyak kerenah, TAPI Muslim ni macam tau2 je kalau umminya tak ada kat sebelahnya. Mulalah menjerit2 panggil ummi, walaupun sekarang ni Muslim baru 3 bulan 9 hari.


Pengalaman mengandung dan melahirkan Muslim memang tak mungkin dapat ummi lupakan. emmm ummi rasa semua wanita yang sudah mengalaminya sama seperti ummi juga. Ummi sedar yang ummi mengandung setelah sebulan lebih berlalu. Masa tu ummi baru mula ambik DPLI, rasa seronok, sedih bercampur gaul dalam hati ummi. Tapi abah pandai pujuk ummi, abah cakap "rezeki tu, orang lain dah bertahun2 nikah ada yang tak dapat anak, sampai ada yang sanggup ambik anak angkat, cuba tu cuba ni tapi belum ada rezeki lagi, ummi banyakkanlah ucap Alhamdulillah"....


Sepanjang mengandung ummi tak pernah la sampai tak larat bangun, pening kepala.... Alhamdulillah ummi tak la mengidam itu ini, cuma ummi teringin nak aircincau je. itu pun ummi rasa bukan mengidam, tapi teringin tengok orang jual tepi jalan, haus kot. hehehehe... cuma masa akhir2 bulan nak bersalin ummi teringin nak makan agar2 pandan... sebab masa dalam kelas ummi cam terbnau2 je agar2 pandan lepas ummi tengok tudung kawan ummi same cam warna agar2 tu. Tapi ummi tak pandai nak buat agar2, nasibla adik ummi memang pandai buat agar2 tu. dapatlah ummi makan.


Sepanjang 6bulan mengandung ummi buat pemeriksaan di Poliklinik Kelana Jaya, sian abah terpaksa cuti separuh hari setiap kali ummi wat pemeriksaan. Alhamdulillah kandungan ummi ok, cuma baby Muslim masa dalam perut agak kecik kalau nak dibandingkan dengan umur dalam perut. Lepas 6 bulan wak temujanji kat Poliklinik, ummi sambung buat pemeriksaan di PPUM, sebab nak tentukan tarikh sebenar bersalin ( Muslim tak membesar ikut minggu ) Jadi ummi dengan abah terus tempah katil untuk ummi bersalin. emmm masa tu memang mencabar, ummi naik LRT gi PPUM. hehehehe.....


Banyak betul tarikh janggkaan ummi bersalin
  • 11/7/2011
  • 18/7/2011
  • 28/7/2011
  • 07/8/2011
Memang ummi sedihla setiap kali ada kawan cakap perut ummi kecik, tak sesuai dengan bulan.... Tapi lama-lama ummi ok, sebab mak ummi pun cakap dulu masa mengandungkan kakak sulung perut mak pun kecik, m.cik2 lain pun camtu jugak. pastu mak cakap biar kecik dalam perut, nanti senang nak bersalin, ha... biar anak tu besar masa dah dilahirkan... emmm terpujuk la hati ummi ni. Suami pun cakap macam tu jugak.


Sepanjang akhir bulan mengandung ummi ada kawan, cik Ain teman, adik ummi. Dia la yang masak sarapan untuk ummi, masak tengah hari, sampailah hari Muslim dilahirkan. Ummi turun tanda malam 20/7/2011. Tak rasa sakit pun, cuma sikit2 je, kejap rasa kontraksi tapi tak kuat, pelan je. Rasa sakit tu sejam sekali. tengah sembang2 dengan cik Ain, siap gelak2 lagi cerita kenangan masa lalu. sekali ummi gi toilet ada darah. ummi terus kejut abah, emmm abah rilex je, tenang. Abah ajak gi PPUM malam tu jugak, tapi cik Ain suruh esok pagi je. Sebab pagi tu memang ummi ada temu janji dengan PPUM. Malam tu ummi tidur lena, sakit pun jarang2 la.


Esok pagi kami pergi bertiga, ummi kena tahan, tak boleh balik sebab dah 1cm dan sebab ummi baru first time nak bersalin. ummi dudukla sorang2 kat wad tahanan. Bosan sangat. Tengahhari abah dengan cik Ain masuk teman, sembang kejap. Malam ummi dah susah nak tidur, sakit tu kerap sangat datang dan sakit yang agak kuat. Emmm Muslim nak keluar ye. pagi tu sakit dah bertambah2. Tapi ummi tak bagitahu doktor, sebab ummi nak jumpa abah n cik Ain sebelum ummi masuk wad bersalin. ummi sempat makan beberapa suap je, tak tahan, sakit sangat. Nurse datang nak bawa ummi ke wad bersalin. Abah hantar ummi sampai pintu wad. Tapi cik. Ain tak sempat nak kejar sebab nak kemas barang ummi. Lepas ummi masuk dalam bilik bersalin... bermulalah episod yang mendebarkan ummi....
Ummi kena tahan jam 12.30pm dan Muslim keluar jam 7.30pm.


Alhamdulillah... aku bersyukur di atas rahmat pemberianMU ini ya Allah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Masjid ini merupakan masjid yang terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru dikalangan pelancong. Masjid ini merupakan lambang kebesaran Agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Masjid ini mempunyai pemandangan yang sangat indah. Dibina di kawasan seluas 16.5 hektar, meliputi sebahagian Tasik Raja Lumu, serta mempunyai landskap yang pasti memukau pandangan setiap mata yang melihat.

Kemudahan dan perkhidmatan yang ada di dalam masjid ini:
  • Masjid ini mampu memuatkan seramai 16,000 jemaah dalam satu masa
  • Mempunyai dewan kuliah dan dewan seminar
  • Perpustakaan
  • Kelas-kelas bimbingan agama
  • Dewan untuk akad nikah
  • Kemudahan WIFI

Masjid SSAAS

Pemandangan masjid di waktu malam

Hari yang disunatkan berpuasa


Pengertian puasa:
Puasa bermaksud menahan diri dari melakukan hal-hal yang membatalkan dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat.
Rasulullah S.A.W. telah menganjurkan umatnya supaya berpuasa pada hari-hari seperti berikut:
  1. Puasa enam hari di bulan Syawal
  2. Puasa pada hari 'Arafah
  3. Puasa 'Asyura (10 Muharam)
  4. Puasa pada bulan Sya'ban
  5. Puasa setiap hari Isnin dan Khamis
  6. Puasa 3 hari setiap bulan
  7. Puasa satu hari dan berbuka satu hari (Seperti puasa Nabi Dawud)
Namun, mesti diketahui bahawa bagi setiap wanita yang telah bersuami tidak boleh berpuasa kecuali setelah mendapat izin dari suaminya.

Permata hati abah dan ummi

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah.... setelah kami selamat diijab kabulkan pada 10 Oct 2010 bersamaan dengan 1 Zulkaedah 1431 H, kami telah dikurniakan seorang putera yang amat comel, Subhanallah....... semoga Muslim menjadi seorang hamba Allah yang taat akan perintahNya dan RasulNya serta menjadi anak yang soleh.
Abah dengan ummi berebut nak bagi nama untuk Muslim sejak Muslim dalam perut lagi.

Mulanya ummi nak nama Luqman al-Hakim, tapi abah tak setuju, ummi tukar jadi Muhammad Luqman, abah senyap je, malam ummi turun tanda abah bagitahu yang abah bagi ummi dua pilihan, antara 'Abdullah Muslim atau Muhammad 'Abdullah, ummi pilih 'Abdullah Muslim... sekarang Muslim dah berusia 3bulan, Alhamdulillah, Muslim tak banyak kerenah dan jarang menangis... Syukur...