Wednesday, 26 October 2011

Hari yang disunatkan berpuasa


Pengertian puasa:
Puasa bermaksud menahan diri dari melakukan hal-hal yang membatalkan dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat.
Rasulullah S.A.W. telah menganjurkan umatnya supaya berpuasa pada hari-hari seperti berikut:
  1. Puasa enam hari di bulan Syawal
  2. Puasa pada hari 'Arafah
  3. Puasa 'Asyura (10 Muharam)
  4. Puasa pada bulan Sya'ban
  5. Puasa setiap hari Isnin dan Khamis
  6. Puasa 3 hari setiap bulan
  7. Puasa satu hari dan berbuka satu hari (Seperti puasa Nabi Dawud)
Namun, mesti diketahui bahawa bagi setiap wanita yang telah bersuami tidak boleh berpuasa kecuali setelah mendapat izin dari suaminya.

No comments:

Post a Comment